Get Mystery Box with random crypto!

Dalam perbahasan Fiqh, ada dibahaskan hukum Takhatti al-Riqab | Ad-Dien Abdul Kadir

Dalam perbahasan Fiqh, ada dibahaskan hukum Takhatti al-Riqab (langkah bahu jemaah yang duduk) ketika hari solat Jumaat. Disisi Imam an-Nawawi, ianya haram. Kita langkah bahu orang pun tak elok, ini kan pulak potong queue. Datang solat Jumaat tapi dapat dosa. [Raudhah al-Tolibin 11/224]

Nak buat camne kalau pengurusan masjid pun tak tahu bab fiqh ni kan tapi kalau tak ikut fiqh pun pakai common sense pun boleh tahu benda macam tu salah dan tak patut. Too bad even dalam hal masjid pun dipolitik dan berat sebelah. Jauh lagi la nak maju Malaysia ni.

Kalau dah tahu hari Jumaat nak solat Jumaat, VIP pun kenalah datang awal. Tak boleh busy jadi alasan ketidakadilan. Kaedah Fiqh sebut:

كل ‌من ‌سبق ‌إلى ‌مباحٍ ‌فهو ‌أحق ‌به
Setiap orang yang mendahului dalam perkara yang harus maka dia berhak keatasnya.

Apa itu perkara harus dalam kaedah tersebut? Perkara yang tidak melibatkan harta pemilikan orang tertentu. Perkara yang melibatkan hak orang ramai maka ianya hal yang harus. Alasan VIP busy, ada slot khas bercangkah dengan kaedah fiqh. [Talqih al-Afham al-'Aliyyah 3/39]

Masjid bukan milik Raja, bangsawan atau sesiapa. Masjid untuk semua orang termasuk bukan Islam jika mereka memerlukan perlindungan. Sepatutnya VIP dan orang atasan lah kena tunjuk tauladan kepada rakyat biasa dengan datang awal dari orang lain. Bukan buat alasan macam ni.