Get Mystery Box with random crypto!

Apa sahaja kedukaan dan kesakitan yang kamu rasakan, semuanya | Ad-Dien Abdul Kadir

Apa sahaja kedukaan dan kesakitan yang kamu rasakan, semuanya ada ganjaran yang telah disediakan.

Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

َ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Tidak ada musibah yang menimpa seorang Muslim sama ada daripada suatu penyakit dan keletihan, kekhuawatiran (rasa bimbang) dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya."

[Riwayat Al-Bukhari no. 5641]

Semua bentuk kesusahan dan ujian merupakan salah satu cara Allah menghapuskan dosa-dosa kita semua.

Dalam hadith lain Nabi berkata:

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Tidak ada suatu musibah yang menimpa orang Mukmin sama ada tertusuk duri atau yang lebih berat daripada itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapuskan dengan musibah itu kesalahan yang dilakukannya.

[Riwayat Muslim no. 2572]