Get Mystery Box with random crypto!

Unpopular Opinion Lailatul Qadar. 1. Lailatul Qadar ni bukan | Ad-Dien Abdul Kadir

Unpopular Opinion Lailatul Qadar.

1. Lailatul Qadar ni bukan lucky draw. Setiap orang yang beribadat dengan ikhlas mengikut kemampuannya, lalu diterima amalannya akan dapat bahagian Lailatul Qadar. Kejayaan Lailatul Qadar bukan semata ibadat dimalam hari tapi juga ketika berpuasa di siang hari.

2. Pandangan ini disebutkan oleh ulama Salafussoleh bernama ad-Dahhak, murid sahabat Nabi bernama Ibn Abbas ditanya adakah wanita haid, nifas, orang musafir, orang tertidur boleh dapat Lailatul Qadar?

‎Beliau menjawab:

‎نعم كل من تقبل الله عمله سيعطيه نصيبه من ليلة القدر
"Ya, setiap orang yang diterima amalannya oleh Allah (pada bulan Ramadan), maka Allah akan memberikannya bahagian daripada Lailatul Qadar." [Lataif al-Ma'arif 1/192]

3. Semua orang berpeluang jika dia berusaha beribadat apa yang terdaya dengan ikhlas, dia akan dapat Lailatul Qadar.

4. Maka memburu Lailatul Qadar ni bukan semata-mata usaha pada ibadat malam hari tapi juga kualiti puasa di siang hari. Kalau malamnya beribadat siangnya penuh maksiat, belum tentu juga al-Qadar itu milik kita. Usaha supaya amalan bulan Ramadan itu diterima, al-Qadar ini hadiahnya.

5. Ibn Rajab al-Hanbali bahkan menambah:

Yang jadi ukuran diterima amalan bukanlah semata-mata banyaknya amalan anggota badan tapi kesannya kepada hati, baiknya hati.

Jika amal baik sepanjang Ramadan menjadikan hati dan diri lebih baik, insyaAllah bahagian Lailatul Qadar itu ada.

6. "Ahhh kalau camni tak payah la beria qiamullail malam-malam rilek-rilek je lah."

Tak juga. Memang puasa itu menjadi ujian penilaian utama bulan Ramadan tapi puasa kita itu pasti banyak lompong kekurangannya. Ibadat malam itulah yang menampal kekurangan markah di siang hari.

7. Jadi yang sebaiknya, jaga kualiti puasa di siang hari. Malam hari pula tambah markah dengan ibadat mana yang kita mampu. Kalau ada tanggungjawab pada keluarga dan kerja, seimbangkan. Memikul amanah dan tanggungjawab juga bahagian daripada ibadat.

8. Tujuan utama Ramadan ni nak didik kita jadi hamba yang baik. Semua larangan dan suruhan sepanjang sebulan ni nak latih jadi baik. Tapi setiap manusia kemampuannya berbeza. Allah itu Maha Baik dan Adil. Maha Pemurah lagi Penyayang. Show some effort, Lailatul Qadar will be yours.