Get Mystery Box with random crypto!

Alhamdulillah saya dan team @myfundaction selamat tiba di Kota | Ad-Dien Abdul Kadir

Alhamdulillah saya dan team @myfundaction selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah jam 8 malam. Perjalanan dari KLIA2 ambil masa lebih kurang 3 jam termasuk kerana sedikit delayed.

Sejurus tiba, kami makan malam dan terus bergegas ke hotel untuk program live di IG @myfundaction seperti yang dirancang dan dijanjikan siang tadi. Kerana kelewatan, saya live dari dalam kereta sahaja ketika dalam perjalanan menuju ke hotel.

Live selama lebih kurang 40 minit saya kongsikan secara ringkas tujuan dan misi kami ke Sabah selama satu minggu ini iaitu

1. Memberi bantuan pendidikan terutama asas pendidikan Islam kepada kanak-kanak Muslim dan mualaf di pedalaman Sabah.

2. Memberi bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk pedalaman Sabah melalui pek daging korban dan kotak rezeki ummat yang dibawakan khas oleh @myfundaction hasil sumbangan yang diterima selama ini.

3. Ziarah, mendengar luahan dan meluangkan masa dengan anak-anak dan penduduk pedalaman Sabah dengan harapan suara dan luahan mereka dapat disebar luas kepada seramai mungkin umat Islam terutama di Semenanjung Malaysia.

Mereka saudara seagama kita, satu negara tapi nikmat dan gaya hidup sangatlah berbeza. Serba kurang dan penuh lara. Seperti apa kehidupan mereka? Akan saya kongsikan dari masa ke semasa.

Ikuti rapat story IG & posting saya. Tekan on notifikasi agar tak terlepas berita. Mari ikut serta berkongsi rezeki dan bahagia. Wahai sekalian #JiwaBaik, ayuh membantu sama!

Link ada di profile IG saya.

https://www.instagram.com/p/ChVFS9Mvu-i/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

#MisiAddien
#myfundaction #myfundactionsabah
#JelajahSabah #JiwaBaik
#PusatMengajiAnnur