Get Mystery Box with random crypto!

Menurut Umar al-Khattab, tanda-tanda seseorang itu kerap menda | Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Umar al-Khattab, tanda-tanda seseorang itu kerap mendapat petunjuk Allah ialah kerapnya dia berdoa walaupun mungkin belum dimakbulkan. Konsisten berdoa merupakan taufik dari Allah. Seseorang yang jarang dan susah berdoa sebenarnya tanda dia jauh dari petunjuk Allah.

Dalam sehari bermula bangun tidur sampailah tidur semula, ada lebih 100 doa meliputi apa sahaja perbuatan yang manusia lakukan. Bayangkan orang yang dalam seharinya 1 doa pun dia tak minta kepada Tuhan. Tergerak hati nak berdoa rupanya anugerah besar yang kita mungkin tak sedar.