Get Mystery Box with random crypto!

Ad-Dien Abdul Kadir

Telgraf kanalının logosu addien90 — Ad-Dien Abdul Kadir A
Telgraf kanalının logosu addien90 — Ad-Dien Abdul Kadir
Kanal adresi: @addien90
Kategoriler: Bloglar
Dilim: Türk
aboneler: 32.78K
Kanaldan açıklama

Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.
Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.
Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


En son Mesajlar 25

2021-07-19 02:54:40 Ketika menjelaskan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata pendapat ulama yang masyhur adalah:

من صلاة الصبح يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق
Takbir bermula dari solat subuh Hari Arafah hingga solat Asar Hari Tasyrik yang terakhir. [Tafsir Ibn Kathir 1/561]
14.9K views23:54
Aç / Yorum Yap
2021-06-28 15:51:12 Cuba solat isyak awal, malam akan terasa panjang dan tenang.
19.1K views12:51
Aç / Yorum Yap
2021-06-14 16:35:45 Sejauh mana kita belajar isi Al-Quran? Kata Imam Ibn al-Qayyim:

فقراءة آية بتفكر وتفهم خير من قراءة ختمة بغير تدبر وتفهم
Membaca satu ayat dengan memikirkan dan memahaminya, lebih baik berbanding membaca hingga khatam tanpa tadabur dan memahaminya."[Miftah Daar as-Sa’adah 1/187]

Saya fikir, even bibliophile (penggila buku) akan terdiam jika ditanya jujur sebanyak mana bacaan al-Quran dan sejauh mana kita tahu isi al-Quran itu berbanding buku-buku lain? Penting membaca pesan² ulama sebegini setiap hari supaya dapat muhasabah dan baiki diri kita sendiri. Kadang kita lupa.
22.9K views13:35
Aç / Yorum Yap
2021-06-01 10:50:37 Kisah Abu Hanifah dan "Ustaz" Penglipur Lara.
..............................

Penglipur lara, tukang dongeng atau orang yang banyak membawa cerita karut berwajah agama ini sudah wujud beribu tahun lamanya. Imam Abu Hanifah sendiri pernah berdepan dengan mereka kerana Ibu Imam Abu Hanifah percaya ustaz dongeng!

Ibu imam Abu Hanifah bertanya hal agama kepada Abu Hanifah lalu beliau memberikan fatwa kepada ibunya. Namun fatwa itu ditolak si ibu. "Aku tidak percaya dan aku hanya terima jika ustaz "Zar'ah" yang cakap begitu. Zar'ah ialah tukang dongeng yang selalu berada di Masjid.

Lalu Imam Abu Hanifah pun membawa ibunya berjumpa Zar'ah. "Ibuku ingin meminta jawapan masalah sekian sekian, berikannya fatwa," kata Abu Hanifah kepada Zar'ah. Zar'ah terkejut lalu berkata, "Engkau lebih mengetahui daripadaku wahai Abu Hanifah, engkau lebih layak memberi fatwa."

"Aku telah memberinya fatwa sekian sekian kepadanya" jawab Abu Hanifah.

Maka Zar'ah berkata kepada si ibu, "Benar, apa yang dikatakan Abu Hanifah."

Barulah ibu Imam Abu Hanifah percaya dan terima fatwa Abu Hanifah tersebut selepas di akui "Ustaz" penglipur lara itu.

Kisah ini disebutkan oleh Imam As-Suyuti dalam Tahzir al-Khawas min al-Akaazib al-Qussos 1/80-81.

Kisah ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh ustaz dongeng, yang selalu membawa hikayat dan cerita pelik-pelik kepada masyarakat. Padahal mereka bukanlah ulama'...

Tapi mereka popular kerana banyak menceritakan kisah-kisah yang menawan hati orang, berpenampilan agama dan terlihat zuhud. Semua itu boleh mengaburi mata orang awam yang tidak tahu mendalam ilmu agama. "Takkanlah dia salah dia kan ustaz!" kata kebanyakan orang-orang jahil.

Bayangkan ibu Imam Abu Hanifah sendiri lebih percaya "ustaz" dongeng padahal anaknya itu adalah Imam Mazhab, yang diakui ilmunya timur dan barat. Begitulah besarnya pengaruh dan bahaya ustaz dongeng. Orang-orang tua dan orang awam yang tiada asas ilmu syariah mudah terpengaruh.

Itu mujur si ustaz dongeng mengakui kealiman dan membenarkan fatwa Abu Hanifah, kalau dia menolak dan menentang fatwa Abu Hanifah? Ya pastilah si ibu akan mengatakan anaknya itu salah dan menyimpang walaupun anaknya ialah Imam Abu Hanifah sang pengasas mazhab!

Itulah yang berlaku hari ini. Sebahagian orang agama selalu membawa hikayat pelik-pelik, teori karut sehingga menjadi kepercayaan dalam masyarakat. Bahkan mengajak pula orang ramai menentang fatwa para mufti. Kata Mufti makan gaji lah, mufti ikut ajaran Yahudi, fatwa sesat etc

Bila kita kritik kembali, mereka akan play victim main kad adab. Tak hormat ulama', tak beradab dengan ulama'. Sebernarnya merekalah yang paling tak beradab bila bercakap perkara yang mereka tak ada ilmu tentangnya. Adab bukan sebatas perilaku nampak warak semata-mata.

Tidak memandai-mandai bercakap sesuatu yang tak berasas juga termasuk adab bahkan ianya adalah syariat! Kerana Allah berfirman:

Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.[Al-Isra’, 17:36]

Mesti ramai boleh relate dengan kisah ni kan sebab kadang mak ayah kita sendiri terpengaruh dengan ustaz dongeng dan penglipur lara ini. Bayangkan saja walaupun anak sudah menjadi imam mazhab pun si ibu boleh percaya ustaz dongeng. Sama-sama kita berusaha mendidik keluarga.

Ad-Dien Abdul Kadir
01/06/2021
20 Syawal 1442H
23.1K views07:50
Aç / Yorum Yap
2021-05-16 15:45:45
Sehari ni okay saja buat rutin harian... Tapi tak sangka bacaan hari ini sampai ke ayat ni. Air mata mengalir, mengenangkan setiap satu tohmahan dan celaan yang diterima. Hati yang awalnya biasa terus terasa berat bila Allah sebut sabarlah dengan kata-kata mereka... Seakan dipujuk langsung dan Dia Maha tahu setiap keluhan hambaNya. Semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran buat diri ini dan semuanya.
18.9K views12:45
Aç / Yorum Yap