Get Mystery Box with random crypto!

Isunya tentang haid wanita. Saya sampai sekarang tak faham ken | Ad-Dien Abdul Kadir

Isunya tentang haid wanita. Saya sampai sekarang tak faham kenapa isu haid ni sensitif dan taboo, sampai menimbulkan stigma sosial lagi-lagi bila lelaki yang bercakap tentang haid. Bagi saya isu ini penting dan mesti disebarluaskan, dicerita, dibahas secara umum.

Saya hairan kenapa nak sensitif tak bertempat sedangkan haid ni disebut langsung dalam al-Quran. Kitab suci kita orang Islam terang-terang sebut dan ajar ilmu haid, Nabi sendiri ajar Sahabiah tentang haid, ilmu fiqah ada bab khas ilmu haid yang dipelajari dan diajarkan oleh para ulama yang majoritinya lelaki sejak lebih 1000 tahun dahulu.

Sampai kat kita, tak berani nak cakap soal haid. Belajar hukum hakam haid pun tak mahu sebab rasa itu untuk orang perempuan padahal sebenarnya dan sepatutnya lelaki kena tahu lebih dari wanita, segala yang berkaitan haid wanita sebab Tuhan dan Nabi amanahkan kepada kita untuk jaga dan melindungi para wanita. Macam mana kita nak jaga wanita kalau hal ehwal wanita dan hak mereka kita tak tahu?