Get Mystery Box with random crypto!

Pernah dengar kemiskinan haid? Kemiskinan haid (period pover | Ad-Dien Abdul Kadir

Pernah dengar kemiskinan haid?

Kemiskinan haid (period poverty) ialah situasi seorang wanita tidak mendapat akses atau kemudahan untuk mendapatkan kelengkapan berkaitan haid sama ada produk haid, pendidikan haid, pengurusan haid, privasi atau akses air bersih KERANA kemiskinan atau beban kewangan.

Kemiskinan haid ini masalah global satu dunia, bukan di Malaysia sahaja. Bila sebut tentang haid, apa yang orang biasanya tahu, terutama lelaki? Ohh, orang perempuan datang bulan, tak boleh solat, tak boleh puasa, tak boleh bersetubuh, tengah kotor.

Betul, tapi hanya satu sudut.

Satu sudut iaitu berkaitan hukum agama. Sekarang kita lihat sudut yang lain dan lebih luas lagi. Apa jadi kalau wanita itu sangat miskin atau gelandangan? Bila haid datang, mereka tak mampu nak beli tuala wanita (pad). Bila dah tak mampu so macam mana kalau haid datang???