Get Mystery Box with random crypto!

Ad-Dien Abdul Kadir

Telgraf kanalının logosu addien90 — Ad-Dien Abdul Kadir A
Telgraf kanalının logosu addien90 — Ad-Dien Abdul Kadir
Kanal adresi: @addien90
Kategoriler: Bloglar
Dilim: Türk
aboneler: 32.55K
Kanaldan açıklama

Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.
Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.
Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


En son Mesajlar 16

2022-06-14 17:07:35 Whatever happen good or bad, you still alive on this date. Your journey still on going. Be better tomorrow and don't give up. Someone somewhere do need you and put their hope on you. Have faith.
555 views14:07
Aç / Yorum Yap
2022-06-14 17:06:28
594 views14:06
Aç / Yorum Yap
2022-06-04 06:53:03
295 views03:53
Aç / Yorum Yap
2022-06-03 11:03:05 New Video


272 views08:03
Aç / Yorum Yap
2022-06-02 20:43:29 Dalam hidup ni ada dua kesakitan berkait. Sakitnya disiplin & sakitnya penyesalan. Kalau kau tak sanggup tahan sakitnya disiplin, kau akan rasa sakitnya penyesalan. Kalau kau taknak rasa sakitnya penyesalan, kau kena tahan sakitnya disiplin. Kau pilih sakit yang mana kau sanggup.
240 views17:43
Aç / Yorum Yap
2022-05-29 04:56:43 Setelah berbulan tak buat content, sekarang buat content tentang badminton for new beginning. Jemput tonton dan bagi feedback atau idea!



701 views01:56
Aç / Yorum Yap
2022-04-23 05:52:16 Unpopular Opinion Lailatul Qadar.

1. Lailatul Qadar ni bukan lucky draw. Setiap orang yang beribadat dengan ikhlas mengikut kemampuannya, lalu diterima amalannya akan dapat bahagian Lailatul Qadar. Kejayaan Lailatul Qadar bukan semata ibadat dimalam hari tapi juga ketika berpuasa di siang hari.

2. Pandangan ini disebutkan oleh ulama Salafussoleh bernama ad-Dahhak, murid sahabat Nabi bernama Ibn Abbas ditanya adakah wanita haid, nifas, orang musafir, orang tertidur boleh dapat Lailatul Qadar?

‎Beliau menjawab:

‎نعم كل من تقبل الله عمله سيعطيه نصيبه من ليلة القدر
"Ya, setiap orang yang diterima amalannya oleh Allah (pada bulan Ramadan), maka Allah akan memberikannya bahagian daripada Lailatul Qadar." [Lataif al-Ma'arif 1/192]

3. Semua orang berpeluang jika dia berusaha beribadat apa yang terdaya dengan ikhlas, dia akan dapat Lailatul Qadar.

4. Maka memburu Lailatul Qadar ni bukan semata-mata usaha pada ibadat malam hari tapi juga kualiti puasa di siang hari. Kalau malamnya beribadat siangnya penuh maksiat, belum tentu juga al-Qadar itu milik kita. Usaha supaya amalan bulan Ramadan itu diterima, al-Qadar ini hadiahnya.

5. Ibn Rajab al-Hanbali bahkan menambah:

Yang jadi ukuran diterima amalan bukanlah semata-mata banyaknya amalan anggota badan tapi kesannya kepada hati, baiknya hati.

Jika amal baik sepanjang Ramadan menjadikan hati dan diri lebih baik, insyaAllah bahagian Lailatul Qadar itu ada.

6. "Ahhh kalau camni tak payah la beria qiamullail malam-malam rilek-rilek je lah."

Tak juga. Memang puasa itu menjadi ujian penilaian utama bulan Ramadan tapi puasa kita itu pasti banyak lompong kekurangannya. Ibadat malam itulah yang menampal kekurangan markah di siang hari.

7. Jadi yang sebaiknya, jaga kualiti puasa di siang hari. Malam hari pula tambah markah dengan ibadat mana yang kita mampu. Kalau ada tanggungjawab pada keluarga dan kerja, seimbangkan. Memikul amanah dan tanggungjawab juga bahagian daripada ibadat.

8. Tujuan utama Ramadan ni nak didik kita jadi hamba yang baik. Semua larangan dan suruhan sepanjang sebulan ni nak latih jadi baik. Tapi setiap manusia kemampuannya berbeza. Allah itu Maha Baik dan Adil. Maha Pemurah lagi Penyayang. Show some effort, Lailatul Qadar will be yours.
4.9K views02:52
Aç / Yorum Yap
2022-04-21 14:14:57 Kata sahabat Nabi, Ibn Umar:

‎من كثر كلامه كثر سقطه، ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه، ومن كثرت ذنوبه كانت النار أولى به
‎Siapa yang banyak bercakap, banyaklah salahnya. Siapa yang banyak salah, banyaklah dosanya. Siapa yang banyak dosanya maka nerakalah selayaknya untuknya.
4.6K views11:14
Aç / Yorum Yap
2022-04-04 00:21:03 Dalam sahur ada keberkatan. Kata Nabi s.a.w:

‎تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
‎“Bersahurlah, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan.” [Riwayat al-Bukhari]

‎Sahur adalah waktu mendapatkan tenaga, waktu istighfar dan waktu berdoa. Jangan sia-siakan waktu sahur.
8.7K views21:21
Aç / Yorum Yap
2022-04-03 14:13:41
8.7K views11:13
Aç / Yorum Yap